BATAK

Assalamualaikum and Salam 3 Rejab.



Malam ni aku tergerak hati nak update entry pasal perkataan "BATAK" ni. Sebabnya, sejak akhir-akhir ni, sorang budak bilik aku ni selalu sangat guna perkataan "Batak" ni, tak kira masa, keadaan, atau lokasi, dia mesti nak selit jugak perkataan batak.

Aku bukannya nak serius sangat, tapi kekadang aku rasa serabut bila telinga aku ni asyik dengar mulut dia tu duk menyumpah-nyumpah sebut perkataan "Batak". Bila aku tanya, apa maksud "Batak" tu, dia tak dapat terangkan pulak.(padahal aku dah search dah dekat mr.google sebelum tanya dia.) Yelah, sebab aku tak boleh duduk bila aku dengar orang duk guna ayat tak sesuai dengan keadaan ni.

Senang cerita, apa yang aku jumpa setelah menyelongkar isi perut mr.google, satu ni aku baca dari blog http://berandabatak.blogspot.com/2013/11/apa-itu-batak.html, aku ambil point penting jelah okay, 
dari Prof Bungaran A Simanjuntak mengatakan bahawa kata "Batak" merupakan hasil dari budaya dan sejarah di Sumatera Utara. "Batak" merupakan Bahasa dari Suku Batak sendiri yang bererti penunggang kuda. 
So, itu pendapat Prof Bungaran.

Jadi, "Batak" ni bukan sekadar perkataan yang korang nak gunakan sesenang hati untuk membash-bash orang je. Carilah dulu, kaji dulu sebelum guna perkataan "Batak" ni. Sekarang baru tahu yang "Batak" ni sebenarnya merupakan kaum, suku bangsa kat Indonesia.

Nama "Batak" ni sebenarnya nama identiti beberapa suku bangsa yang bermukim dan berasal dari Tapanuli dan Sumatera Timur, di Sumatera Utara. Suku bangsa yang dikategorikan sebagai Batak adalah: Batak Toba, Batak Karo, Batak Pakpak, Batak Simalungun, Batak Angkola, dan Batak Mandailing

Ha, banyak betul eh suku bangsa Batak ni. Aku taknak lah terang panjang lebar sangat, sebab aku ambil point penting je dari blog orang. Kalau korang nak baca dengan lebih mendalam lagi, boleh baca dekat blog ni:

So, aku harap dapat buka mata dan menambah pengetahuan dekat korang even ilmu ni aku ambil dari orang sikit. hahaha

다시 당신을보고 희망


Ulasan

Catatan Popular