~Oh My SPM~




Assalamualaikum...Hurm..lama sungguh Qaira tinggalkan blog nie...so, sekarang baru ada chan nak menulis..tajuk hari nie about SPM. Huehue~how about your trial guys? Qaira sendiri pun tak dapat result s'penuhnya lagi...Tapi baru tahu tiga subjek je, BM,PSI and PQS...hahaha...1A and 2B baru...kehkehkeh...yang lain wallahu'alam~

Semakin hari masa semakin pantas sangat2...macam ambil bahagian lumba lari dalam sukan olimpic lah pulak...Qaira nie pulak masih macam kura2 b'jalan...tak dapat tangkap lagi subjek yang Qaira lemah...xpecialy B.Arab. Nak d'jadikan cerita, masa tengok kertas BA aritu terus rasa nak pitam je. Kadang2 otak duk mengarut sesorang "ish, kalau la pensel aku ni pensel ajaib, kalau la itu, kalau la ini.." yelakan, dah tak boleh jawab, mula rasa menyesal la...

Hari Khamis baru2 nie, Qaira ada citer sedih yang first time berlaku s'panjang Qaira di sekolah baru. Ustazah PSI masuk haritu macam biasa lah, akan tanya soalan setiap orang tanpa kami semua tengok buku. So, kira kami sume dah kena hafal siap2 la dari rumah. Qaira ni dah la macam kura2 sikit, rasa takut la. Sorang2 kena bangun, ada yang boleh jawab akan duduk la, yang tak, kena berdiri la.

 And then, ustazah panggil Qaira, dan suruh Qaira jawab di depan, "sebutkan 3 point perbezaan syarikat dan mudarabah!" Fuhh!! T'gagap2 den dibuatnya..."a..a..syarikat adalah..a..keuntungan hanya..a..di..dibahagikan oleh penjual dan pengusaha..aa..mudarabah adalah.." just pakai hentam keromo saja...at last,.."kamu pergi berdiri atas kerusi sekarang!" tegamam terus Qaira. Sudah la Qaira sorang je yang kena berdiri, malu gila beb! Lain la kalau Qaira nie lelaki. Tak la heran sangat...rasa nak nangis tapi tahan je. 

Lepas Ustazah tu keluar, Kawan Qaira bagitau yang kawan Qaira yang lain2 yang berdiri tu ustazah suruh berdiri atas kerusi jugak, tapi mereka buat tak heran je...ustazah tak kata apa pun. Ya Allah..lagi la Qaira rasa sedih. apesal la aku ni baik sangat...Masa rehat tu, Qaira terus pergi jumpa Ustaz B.Arab coz Qaira buat keputusan lepas b'hari2 pikir pasal B.A Qaira yang memang K.O sangat2...Rasa sebak sangat sebab Qaira taknak gagal dalam B.A..kalaupun Qaira straigt A dalam subjek lain, tapi kalau B.A Qaira gagal, hancur lah semuanya...oh..memang dilema B.Arab dibuatnya. =,="  So, sebab tu lah Qaira pergi jumpa jugak. Nasib baik Ustaz faham...dan bersedia nak bantu Qaira. Oh~thank you Ustaz!

Berbalik pada Ustazah tadi, bagi Qaira, mereka buat macam tu, nampak tak hormat dekat cikgu lah pulak...nanti kalau cikgu tu terasa, jadi tak berkat apa yang dia ajar dekat kita, so Qaira terus berfikiran positif dan fikir yang ada hikmah jugak jadi macam nie..Qaira jadi lebih rajin lagi sebab taknak kena macam tu dah. kekeke

SEMANGAT SIKIT QAIRA! HWAITING!!

~the end~



Ulasan

Catatan Popular