~My Chingus!~

Assalamualaikum and annyeonghaseyo ^_^

Hi everyone! How are you guys doing with this holidays? Korang apa kabarre? Harap semuanya sihat-sihat belaka di bawah perlindungan Allah. Okay, sejak aku cuti sem ni hidup aku memang tak menentu. Lifeless...Sebelum cuti sem, gila kemain rancang itu ini. Konon sebelum cuti sem, aku dengan kawan aku merancang nak kerja dekat Keyyel, tapi tak jadi, Then, aku ikut kawan aku balik rumah dia, dekat Melaka, konon nak pegi b'cuti dekat sana, tapi tak jadi, aku t'paksa balik Kedah semula sebab family aku call gtau tok aku dah tenat. See...hmm, bila dah balik, aku ziarah tok aku, dia dah lain, semakin kurus, dah tak chubby macam dulu, aku pegang tangan tok aku, rasa lain je, aku nak nangis, tapi tak t'keluar, kenapa ya? 

Seriously, aku tak pernah lagi hadapi saat-saat macam ni samada sebelah ayah mahupun sebelah mak aku, pergi ziarah keluarga lain ada lah. Aku rasa takut, tapi yelah, mati dimana-mana, bila-bila saja, mana tahu, sedang aku tengah asyik duk menulis ni, tiba-tiba je malaikat maut tarik nyawa aku, boleh jadi jugak kan? ^_^" Tapi aku harap janganlah lagi, sebab amalan aku masih tak cukup, aku rasa dah makin kurang pun ada. Okay, fullstop.

Bila dah ada masa terluang ni, konon aku nak pegi ambik lesen memandu, tapi tak tahu lah bila. Dalam otak aku ligat je duk merancang itu ini, konon nak pegi meronda ke rumah kawan aku, si Jannatun, tapi bila pun aku tak tahu. 


So, apa yang aku nak update harini adalah pasal girlfriend-girlfriendku dekat tempat aku belajar sekarang ni, @manbesipunyanak dan @fatinnazimuddin dan @adahaqi. Aku update pasal ni coz aku sayang sangat these people and I want to tell you how much important friend in our life.

K.A.W.A.N. Diorang boleh buat kita sedih, menyampah, annoying, marah, gembira, suka and so whateverlah. Tapi, kalau kau tak ada kawan, kau memang rugi. Kadang-kadang kau akan rasa macam kau tak ada tempat mengadu melainkan Dia. Kau akan rasa macam kau tak ada kawan padahal ada je di sekeliling kau cuma kau tak nampak. Kau akan rasa macam kau tak boleh percaya semua orang padahal ada je kawan-kawan kau yang prihatin yang ambil berat dan boleh dipercayai. Kau tak mahu cari orang sebab kau berharap akan ada orang yang jumpa atau cari kau waktu kau jatuh tersungkur, masa air mata kau mengalir. Nak cari bestfriend forever tu memang mimpilah, susah gila sebab bila kita harapkan orang tu jadi kawan baik kita, tup tup dia tikam belakang kita pulak, dia sakitkan hati kita pulak, dia pergunakan kebaikan kita pulak.

Kadang-kadang bila aku teringat balik zaman sekolah aku dulu, perasaan aku waktu tu lain. Rasa macam tak ada kawan. Then bila dah sambung belajar ke yang lebih tinggi, baru aku rasa macam kawan-kawan aku dekat sekolah dulu lah yang paling bermakna, rasa rindu, rasa yang dioranglah kawan baik kita, terlupa habis diorang pernah sakitkan hati atau tak. Sebenarnya tak boleh macam tu, kau mahupun aku kena berhenti mencari dan pandang sekeliling. Apa yang dicari dan ditunggu tu ada je depan mata kita. So, hargai jelah selagi masih berpeluang.



So, wanna know who is my bestess girlfriend?
 hahah, and sesi kutuk kutuk pun bermula...



 Huhu, crazy kids pertama aku, nama dia panjang. Noor Shakira Mohamad Shaharudin Shah. Nickname Uce. Dia ni memang gila gila sikit orangnya. Jenis tak peduli apa orang kata. Degil pun ada jugak. Kau tahu, aku pun kadang kadang selalu sakit hati dengan dia. Kalau ada masalah, dia mesti akan cari mak dia. Pernah satu hari tu, dia ada masalah,  kitorang kan stay dekat ostel, so akulah jadi penganti mak dia. Dia buat aku macam mak dia. Teman dia tidur malam tu. Aku tahu sem ni sem yang teruk bagi dia. Kenapa? Hoho, hanya aku dan dia je yang tahu. Apa-apapun, aku sayang dia sebab dia dia sayang aku <3


Crazykids kedua plak, name Fatin Nazihah Nazimuddin. Dia punya pangilan nama yang orang selalu guna is TenTen. Dia ni manja sungguh. Pendek kata, dah jadi macam adik aku dah pon. walaupun kitorang sama umur. Yelah, dulu aku yang kena potongkan kuku dia sebab dia potong kuku sangat2lah menyiksakan pandangan aku. Tak kemas langsung. Then, sekarang dah pandai...good girl. kami sentiasa bersama, dimana ada dia disitu ada aku. Hahaha, Dia caring bila dengan aku. Hahah, Selalu belanja aku makan bila aku pokai. Jangan ingat aku pau dia pulak. Dia paling takut lipas dan tikus. kau tahu tak, sekarang tempias takut dia tu dah terkena dekat aku, uwaaaaa....tapi apa apapun, aku sayanggggg dia sebab dia caring, ambil berat dekat aku. <3


Crazykids ketiga, ni kawan aku yang first2 masa aku mula masuk di tempat belajar aku. Nama Nor Suhada Hamzah. Nickname Su. Dia selalu tolong aku bila aku susah. kami dua juga selalu gaduh, tapi cepat je baik balik. hahaha, dia cepat buat aku rasa benci, tapi benci benci tu lah yang aku nak sayang. Aku selalu cerita masalah aku dekat dia. Sebab dia seorang penyimpan rahsia yang baik, sebab tu aku sayang dia lebih. Dia dah macam mama aku. Huhuhu..Aku ingat lagi, masa tu dia dah tak nak stay dekat asrama, nak tinggal dekat luar je sebab dia rasa stress dengan peraturan asrama, aku bukan kemain sedih lagi, yelah, sebab aku paling rapat dengan dia je. Tapi sekarang dah okay dah boleh sesuaikan diri. aku rindu dia. Apa2 pun aku sayang dia sebab dia boleh bersabar dengan kerenah aku. <3


Since aku sekolah agama dulu, aku jarang bercakap dengan lelaki, boleh bilang dengan jari dalam sebulan tu berapa kali je aku tegur kaum adam dalam kelas aku. Luar kelas lagilah aku tak tegur. Mereka pada pandangan aku macam tak wujud. pada pandangan diorang, entah2 lagilah. hahahah, Aku tak tahulah kenapa, malu, yaa aku memang pemalu dolu dolu. Pemalu yang amat.

Hidup aku hanya dipenuhi kawan-kawan perempuan je sesampailah aku sambung belajar, baru aku mula berkawan dengan budak-budak lelaki (only) dalam kelas aku, dan semakin rapat bila dah sem 2. Dioranglah dalam sejarah hidup aku, aku angkat diorang sebagai kawan lain jantina pertama yang aku ada, hahaha, pelik ke tak peliks aku nih. Yelah, sampai bila aku nak macam ni kan.

Setakat ni kawan2 lelaki yang aku paling rapat pon Razak ni yang palinggg aku rapat, marsossprincessmarsyah, maryannmardin, sigiant, amirul, sikeling, zairul, budak azym ni dah berhenti, tak lupa jugak kawan gegirl aku yang sorang nih, marmekk

Semua orang perlukan kawan. At least, sorang pun dah cukup daripada tak ada langsung. Sebab kawan ni macam our guider jugak, bila kita hilang arah, diorang yang tolong, right. You'll never be alone.

Yah, aku dah kehabisan idea dan tangan aku pun dah letih menaip. Setakat ni jelah, and thanks sudi habiskan masa dengan baca cerita aku yang entah apa2 nih. Hahaha, k.

Sekian.

Ulasan

Catatan Popular