~Visit Friend~

Assalamualaikum...


Kelmarin, Qaira lawat kawan yang xcden tu. Qaira pergi dengan kawan Qaira yang ikut berpindah sekali dengan Qaira jugak,  name Jannatunnaim. Nasib baik ayah dia semawa bagi Qaira ikut sama, tidak tak berpeluang lah nak pergi tengok, sebab mak dengan ayah sibuk...Yang pergi sekali selain Qaira, Janna and ayah dia is her mom with her two sibling, adik permpuan dan adik laki yang paling last sekali.

Masa sampai dekat Hospital, rasa berdebar-debar lah pulak, yela, sebab dengar citer dari kawan lain, takut bila tengok, lagi lain, lagi terok...hem, mintak simpanglah. Masuk2 je dekat dalam, alamak! Tak tahu kawan ditempatkan dekat mana...hadoi, waktu tu terus rasa hampeh, risau, yela...risau menyusahkan mak ayah janna lah...Tapi mereka tak kisah, mereka ikut jugak kami pergi cari dari satu bilik ke satu bilik dari aras dua sampai lah tujuh. Tak jumpa jugak! Haish~ betui ke tak ni, dia ada dekat hospital ni, silap Qaira jugak sebb tak call kawan Qaira yang pergi lawat dah...T^T

At last kami semua turun balik...mak ayah janna pergi kantin, makan. Qaira n Janna pulak pergi sambung cari. Haha semangat beb. Tak kisah walau sakit kaki n pinggang coz turun naik tangga. Lift lambatlah, sebab orang ramai sangat...Masa kami dua orang duk berehat dekat luar duk pikir, kami terserempak dengan kawan sekolah lama kami. Tapi tak rapat, sebab dia dari kelas lain. Name Izzati. Kami cepat2 lah kejar dia nak tanya kot2 lah dia pon nak lawat Khalijah sama. And...tekaan kami betol!! cuma dia sebenarnya nak lawat tok wan dia, sebab tula dia ambik kesempatan nak lawat Khalijah sama. Tapi malangnya dia pun tak tahu bilik mana...hampeh!!

Last2, kami dua orang cari sendiri berpandukan maklumat dari kawan Qaira yang Qaira call sebentar tadi, dia kata Khalijah ditempatkan dekat wad ICU~ haiya...rasa penat tahap gaban! kenapa lah tak terpikir nak pergi bilik ICU tadi...memang lah orang xcden terok sampai patah kaki ditempatkan dekat sana! actualy, Qaira tak pernah lagi lawat2 orang secara tiba2 macam nie, sebab tulah tak tahu...heheh. Sekadar datang lawat mak masa mak nak lahirkan adik, pernah lah..;P masuk ICU mana pernah lagi...and termasuklah Janna, jugak tak pernah lagi...sebab tu jadi macam rusa masuk kampung, eh betol tah ;P

Masa sampai dekat ICU, Fuhh!! ramai betol orang, kiri,kanan,depan n belakang. Full!! sempat jumpa mak Khalijah, sebab mak dia yang tegur kami. Kami ingat2 lupa muka mak dia sebab baru pernah sekali je tengok, itupun masa hari sain buku rekod. Masa tengah tunggu orang datang nak bagi pas masuk dekat kami,(sebab orang tu kakak dia n sorang lagi nenek dia kot), kami nampak kawan sekolah kami lagi. Nazir n Dhiyaudin. Tak sanggka pulak mereka datang jugak...dalam hati Qaira rasa pelik, Nazir ni mesti rindu dekat kawan Qaira nih...lepas tahu dia xcden, mesti sunyi, tak tahu nak kacau sapa lagi..coz, setiap kali Qaira call Khalijah, dia selalu citer dekat Qaira pasal dia (Nazir). Nazir  tu selalu kacau kawan Qaira. Tiap2 Hari. Sampai dia rasa rimas. Haha, kenangan...

Lepas kakak n nenek dia keluar, kami terus masuk. sampai dekat dalam je, kami tercari-cari Khalijah. Padahal duk tepi kami je...;p apelah...Memang konpius n tak kenal langsung...muka dia memang lain. macam orang cina. Sebab tak pakai tudung kot. Rasa sebak masa tengok dia. Banyak wayar berselirat atas badan dia. Dia tak sedar lagi...Kami baru nak bersembang dengan dia... mata Qaira tertumpu dekat kaki! Hah! Kaki tak kena potong pun, apa punyak maklumat daa yang Qaira dapat! Haru betol. Tapi mamang betol lah kaki dia patah. Cuma tak pakai simen lagi. Nasib baik tak kena potong, alhamdulillah lah. Tidak kawan Qaira jadi kudung...Qaira tak tahu nak buat apa selain sedekah doa saja. Lepas tu Janna terus tarik Qaira keluar. Sebenarnya, Qaira nak duk lama2 nak cakap2 dengan dia...nak pegang tangan dia, tapi takut nanti dia terkena jangkitan kuman pulak. Yela, kami nak duduk tepi dia pun tak boleh, siap but line jarak kaler merah lagi atas lantai. Hem x bleh nak buat apa2...

Last, dalam pukul 6 kami balik, dan Qaira sampai umah pukul 7.30. Pukul 10.30, mak n ayah n dua orang adik, aiman n umairah akan keluar pergi Kelantan...Tinggal Qaira and dua orang adik je dekat umah...Mak n ayah pergi sana coz sekolah adik buat rombongan kat sana.

Hokeylah, setakat ni je, nak pergi tolong adik Qaira masak. Dalam kalangan kami adik-beradik, dia paling pande masak. Qaira plak pande mereka-reka masakan je...macam main masak2, cuma guna bahan sebenar. Masak apa lah adik Qaira tu...Huhu~ K bai <3

Sayonara~







Ulasan

Catatan Popular